Monday, 5 December 2011

Moga cpt lulus test jpj....


arghhh...
ak tkowt b'cmpur isaw n darah mula trun nek jer...
alamak dlu ley laa amik lesen mtor time too daa pro bwk daaa..
skrg kereta lakkk...bkn pnh bwk plak too lg lak manual jenoh laaa t'kapai2 pown ad...
cme ak arap an cpt laaa lulus skali test daaa lulus..mohon kwn2 tlg doa an yer...berkat anda sume doa mgkin cpt lulus...hehehe.....

Tuesday, 18 October 2011

kenapa allah menemukan kita ngan jdoh yg slh...mari renung2 an..

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Sunday, 16 October 2011

Terima Kasih Emak, Terima Kasih Ayah, Maafkan Adik


Terima Kasih Emak, Terima Kasih Ayah, Maafkan Adik

Emak aku suka berleter. Hari-hari dia berleter. Kadang-kadang aku tertanya-tanya sendirian, tidak jemukah dia berbuat demikian. Tetapi apabila aku imbau kembali, leteran emak semuanya untuk kebaikan aku. Cuma aku sahaja yang tidak boleh menerimanya.
alt
"Adik solat, dengar azan tak? Jangan buat tak dengar pula, dah masuk waktu ni." Mula-mula perlahan sahaja suara emak.
"Kejap, kejap, kejap." Aku masih dengan sikapku yang suka-suka berlengah.
"Solat..." Emak mula meninggikan suara.
"Nanti adik buatlah, bukan adik tak buat langsung." Jawabku.
Itulah sikapku, sukar untuk dihakiskan dalam diriku. Aku memang suka bertangguh-tangguh dalam membuat sesuatu perkara baik dalam solat atau apa sahaja. Itulah yang menjadi punca leteran emak untukku setiap hari.
"Kenapalah mak ni suka berleter, bising aje." Setiap leteran emak, aku anggap sebagai mengganggu ketenteramku.
"Mak tak pernah pun suruh anak-anak mak buat benda-benda yang tak baik. Mak suruh solat, mengaji al-Quran. Semua itu untuk kebaikan diri masing-masing." Kata emak.
Dengan leteran emak setiap hari, membuatkan aku tidak betah duduk di rumah. Apabila cuti sekolah menjelang, aku lebih suka ke rumah emak saudaraku. Aman sedikit, tidaklah perlu mendengar leteran setiap hari.
Apabila ajal menghampiri, Malaikat maut tidak akan mendengar kata kita. Tidak ada perkataan 'sekejap'. Siapa kita dengan Malaikat. Emak selalu berkata begitu, apabila aku suka bertangguh dalam mengerjakan solat.
Dalam keluargaku, cuma aku sahaja yang bersikap sedemikian. Dalam 24 jam sehari semalam, lima waktu juga aku akan mendengar leteran emak. Solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Memang wajib setiap hari emak akan berleter diantara lima waktu itu.
Kadang-kadang sikap bertangguhku itu menguji kesabaran emak. Aku tetap melengah-lengahkan waktu solatku. Bila emak hilang kesabaran, memang sakit tubuh badanku di kerjakan oleh emak.
Emak kata lebih baik aku dihukumnya di dunia sebelum aku menerima hukuman di alam Barzakh. Ngeri juga aku bila membayangkan azab yang bakal aku terima akibat sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.
Aku bukannya tidak tahu, solat lima waktu wajib bagi setiap umat Islam. Solat juga tiang agama dan solat juga mencegah kemungkaran. Semuanya aku tahu. Tetapi aku tetap tidak boleh kikis sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.
Kadang-kadang emak dan ayah aku perdengarkan aku firman-firman Allah S.W.T dan sabda-sabda Rasulullah S.A.W, mengenai kewajipan solat lima waktu. Antaranya ialah:
Allah S.W.T berfirman dalam surah Hud ayat: 114 yang bermaksud:
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."
Firman Allah S.W.T dalam surah Taha ayat: 132:
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
Rasulullah S.A.W juga bersabda:
"Allah S.W.T telah berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatku solat lima (waktu). Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktunya maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya." (Riwayat Imam Abu Daud,Ibnu Majah dll)
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang menjaga solat maka pada hari kiamat, solatnya akan menjadi nur, pembela dan penyelamatkan baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat.Pada hari kiamat, dia akan bersama-sama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf". (Riwayat Iman Ahmad dan Ibnu Hibban)
Emak dan ayah juga ada perdengarkan untukku balasan orang-orang yang suka melengah-lengahkan dan meninggalkan waktu solat. Antaranya ialah:
Rasullullah S.A.W :
"Jangan melambat-lambatkan dalam tiga perkara. Pertama: Solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua: Pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga: Mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati".
Sabda Rasullullah S.A.W:
"Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solat itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun. Satu tahun mengandungi tiga ratus enam puluh hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia Ini)."
Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadis, sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah S.W.T akan mengurniakan lima keistimewaan.
1. Akan diangkatkan kesempitan hidup di dunia daripadanya.
2. Akan dihindarkan daripada azab kubur.
3. Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
4. Akan melintasi titian sirat sepantas kilat .
5.Akan memasuki syurga tanpa hisab.
Sesiapa meringan-ringankan solat, lima siksaan di dunia ini, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur.
Seksaan semasa di dunia:
1. Dicabut keberkatan umurnya.
2. Dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3. Allah S.W.T tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.
4. Doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima).
5. Dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.
Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:
1. Dia akan mati dalam keadaan hina.
2. Dia akan mati dalam keadaan lapar .
3. Dia akan mati dalam keadaan dahaga,sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.
Seksaan yang akan menimpa ketika di dalam kubur ialah:
1. Kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.
2. Api dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam.
3. Seekor ular yang besar bernama "Ashsyuja 'ul-Aqra' " akan dilepaskan ke atasnya.Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi.Panjangnya setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan.Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, "Aku Ashsyuja'ul-Aqra. Aku diperintahkan oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solat subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solat solat Zuhur hingga Asar, kerana meninggalkan solat Asar hingga Maghrib, kerana meninggalkan solat Maghrib hingga Isyak, kerana meninggalkan solat Isyak hingga Subuh."Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh tujuh puluh hasta. Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari Kiamat.
Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari Kiamat di padang mahsyar ialah:
1. Penghisabannya amat berat.
2. Dia dimurkai Allah S.W.T.
3. Dia akan dimasukkan ke dalam neraka.
Ya Allah ngerinya. Takut untuk aku menghadapinya. Mendengarnya sudah pun ngeri. Tambahlah untuk menghadapinya. Bertambah lagi kengeriaannya.
"Mak, adik minta ampun. Adik janji adik takkn tinggal dan lewat-lewatkan solat lagi, sesungguhnya adik takut akan seksaan Allah. Terima kasih mak, terima kasih ayah."
Leteran mak selama ini adalah untuk kebaikan diriku jua.
TERIMA KASIH EMAK, TERIMA KASIH AYAH. MAAFKAN ADIK.

mula nk mreka...

hayyooo..
sudaa lme ak xketemu blog nyh...sunyi sepi jer tanpa ak...

bkn ak xnk update tp memandangkan ssh nk on9..biase laa umh pe pown tarak...xd kemajuan lnsung..
cisss..kutuk umh sndri...ary2 dok umh cm org mengong pown ad..pe ak nk wt mlainkan tgk cte kat tv nun..
hayyyooo bosan tahap gaban laaa...
ak rinduu nk study lekkk cm dlu..rindu kwn2 yg gler...hahaha
tp xjd kwn trus pown sume wat hal sndri....sume hanye persinggahan semata2...

Wednesday, 28 September 2011

sy tahu saya xcantik.........!!!!!


"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.
"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.
KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?
Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?
Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.
Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.
Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.
Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.
Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.
Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?
Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?
SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah...
Artikel iluvislam.com

Lepak2 ngn kwn2 kat Pizza Hut At Parit Buntar , Perak

 first at all ak nk share ini cerita ttg kami..!!
ak n kwn2 len plan kuar g Pizza Hut tok rai ak n oyen last kteorg kat ilp..
pas nyh dok umh tanam jagung laa..hahaha

posing2 dlu sblm nk g...maklumlaa sume kaki posing...terserlah kegemukan ak..hik3

  
nyh laa pemandu kami mmg berhemah..undang2 mmg dipatuhi sgt...

 nk order cm ne laa..byk sgt nk plih xtaw nk yg ne 1...nyam2

  nyh kak imah ngn kak syima..dorg daa  xsabar nk mam..tgk smpi nk berlawan2 daa too..

nmpk nyer sguh berselera mereka nyh.....
                           
      nyh last pic kami snap sndri..sbg kng-kenangan....                            
        

kesimpulan : makan pizza mmg sdap..harga pown mmg terbekk....

Tuesday, 27 September 2011

Solat !! Jgn Tgu Bila Sudah Tua....


Zack: Joe, jom pergi solat. Kalau lewat nanti terpaksalah kita bersolat di luar masjid.
Pelawa Zack ketika dia hendak keluar dari pejabat. Hari ini adalah hari pertama Joe memulakan tugas di tempat kerja baru. Dan orang pertama yang sudi menjadi sahabat Joe adalah Zack.
Joe: Kau pergilah solat Zack, aku nak habiskan kerja ni.
Zack: Eh, tak per. Lepas solat nanti, boleh sambung kerja tu semula. Jomlah.
Joe: Kau sahajalah pergi. Aku tak solat hari ni.
Zack: La, mana boleh macam itu Joe. Solat adalah perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf iaitu baligh dan berakal.
Joe: Kau kata aku ni tidak berakal lah ya ?
Zack: Bukan macam tu maksud aku. Kenapa kau tak nak solat ?
Joe: Buat apa nak solat. Kitakan muda lagi. Tunggulah bila dah tua nanti. Waktu tu nanti, barulah aku hendak tumpukan sepenuh perhatian aku untuk mengerjakan solat, pergi haji ke. Masa tualah waktu untuk kita beristirehat. Perbanyakkan amalan untuk di jadikan bekalan di akhirat kelak. Masa muda adalah waktu untuk kita bekerja kuat, kumpulkan harta untuk bekalan hari tua.
Mengucap panjang Zack apabila mendengar pendirian Joe dalam bab solat. Sudah jauh tersesat rupanya Joe.
Zack: Ehm kalau kau tak sempat tua, macam mana pula Joe. Katakanlah jika kau ditakdirkan meninggal pada hari esok ?
Joe: Eh yang engkau sibuk sangat ni apasal. Mak bapa aku tak pernah solat dan mereka juga tidak pernah mengajar aku untuk solat. Walaupun aku tidak solat, aku masih bernafas hingga ke hari ini. Rezeki aku masih di murahkan hingga ke hari ini. Jadi apa yang penting sangat solat ini ?
Zack: Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa.
Solat juga merupakan tanda terima kasih kita di atas segala rezeki yang di kurniakan dan begitu juga dengan nyawa yang telah di beri pinjam kepada kita. Tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk beramal kerana hanya amalan kita sahaja yang akan menjadi tiket untuk kita ke syurga ataupun ke neraka.
Joe hanya memandang screen komputer sambil tangannya mengetuk - ngetuk pensil di atas meja tulis.
Zack: Joe, masih belum terlewat untuk kau bertaubat. Aku bersedia untuk membantu kau Joe. Suatu ketika dahulu, aku juga seperti kau Joe. Islam atas sebab keturunan sahaja. Hal solat, puasa, aku tidak pernah ambil kisah.
Hinggalah pada suatu hari, aku di uji dengan kemalangan yang dasyat. Aku koma sebulan. Selama aku dalam ke adaan koma, aku telah bermimpi untuk melihat segala balasan yang akan aku terima di sebabkan kejahilan aku. Tunang aku meninggal di tempat kejadian dan dia sedang hamil anak luar nikah aku ketika dia meninggal Joe. Aku amat terkilan kerana dia tidak sempat untuk bertaubat.
Hanya aku yang masih di beri kesempatan untuk memperbaiki segala kesilapan lalu. Setiap kali selepas bersolat, aku tidak lupa berdoa untuk arwah tunang aku. Moga dengan sedikit usaha dari aku ini, dapat meringankan azab kubur yang sedang di hadapinya di sana. Mari Joe, aku bantu engkau.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku'nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar." Riwayat Muslim
kesimpulan : utamakan akhirat bkn duniawi...